Case #68 - Kebenaran yang menyakitkan


Saya kembali ke LA. Visa isteri saya telah diluluskan , tetapi masih ada sebulansebelum dia boleh datang sini . Mandy dan Brian datang untuk kaunseling pasangan. Mereka berada dalam krisis. Selepas 15 tahun berkahwin dan dua orang anak, Brian mempunyai hubungan sulit( keempat kali dalam perkahwinan itu), dan Mandy , pada usia 40 tahun , terdesak untuk menyelamatkan perkahwinan itu. Dia membuat keputusan bahawa walaubagaimanapun mereka tidak akan berpisah. Brian datang dengan hati yang berat ke sesi itu.

Pertama sekali, saya bekerja dengan Mandy, sebab Brian teragak-agak dan tidak bersifat terbuka. Saya menerokai sejarah, dan konteks peribadinya. Kemudian saya bertanya mengenai perkahwinan itu. Dia berkata mereka telah 6 tahun tidak bersama-sama secara intim, dan dia telah belajar untuk menyesuaikan diri. Dia menunggu Brian untuk menerajui dalam menjayakan perhubungan mereka, tetapi dia sendiri tidak pernah melakukannya. Dia berkongsi dengan rakan-rakannya, dan mereka memberitahunya dia tidak boleh mengharapkan banyak darinya, dan untuk meneruskan hidupnya dengan perkara-perkara yang lain, anak-anak dan lain-lain.

Saya bertanyakan pada Mandy berapa peratuskah kualiti dalam perkahwinan mereka itu dalam pelbagai arena - keintiman, seks , anak-anak , kewangan, dan sokongan. Dia mengenakan di antara 5 % hingga 50 % pada kedudukan yang paling tinggi , dengan peratus keintiman di bawah sekali. Mandy mengatakan bahawa dia memerlukan sekurang-kurangnya 30% untuk berpuas hati, dan dia bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk menjayakan ini.

Kemudian saya bertanya kepada Brian berapa peratuskah yang diberinya. Ia berada dalam lingkungan peratusan yang hampir sama; sesetengah adalah lebih rendah dan yang lain lebih tinggi. Dia berkata sekurang-kurangnya ia perlu meningkat sehingga 75% untuk dia berpuas hati. Walaubagaimanapun, masalah ini telah berlangsung sejak 10 tahun lalu. Mereka tidak bercakap banyak mengenai isu-isu peribadi, dan kedua-dua mereka memilih untuk mengelakkan topik yang sukar.

Mandy telah berjaya mengawal dirinya dengan bertafakur. Brian pula dengan menbatukan dirinya dan menenggelamkan dirinya dengan kerja. Sekarang mereka dalam krisis. Dia tidak sanggup untuk memutuskan hubungan sulitnya, dan Mandy pula tidak sanggup untuk meneruskan perhubungan mereka dalam keadaan itu. Mereka berasa tergantung, dan tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk menyelesaikan masalah itu. Apabila ditanyakan mengenai perhubungan mereka, Brian berkata perhubungan mereka telah sampai ke penghujung. Dia tidak mempunyai niat untuk menjayakan perkahwinan itu, dalam menyelamatkannya. Dia telah berganjak dari perkahwinan itu, dan ingin keluar darinya.

Kenyataan ini tidak boleh diterima oleh Mandy . Dia bertekad untuk mencari jalan penyelesaian. Cintanya akan mencairkan benteng pertahanan Brian . Walaubagaimanapun, jika Brian tidak menghentikan perhubungan sulitnya, maka Mandy hanya akan terkapar-kapar pada akhirnya, dan enggan memberikannya kebebasan untuk bercerai. Saya menerangkan bahawa ini kelihatan lebih seperti pertempuran, daripada usaha untuk mencairkan benteng pertahanan Brian dengan kasih sayangnya.

Ia adalah sukar untuk Mandy melihat kenyataan ini. Dia begitu cemas, dan bertekad, dimana dia tidak dapat menerima kebenaran sebenarnya mengenai di mana perhubungan itu berada. Saya bertanyakan pada Brian jika dia benar-benar telah selesai, dan jikalau ada apa-apa yang boleh menukarkan fikirannya. Dia berkata ya, itu adalah benar. Jadi saya juga bertanya padanya untuk memberitahu Mandy kenyataan yang 'sebenar' itu .

Mandy mendapati ia hampir mustahil untuk mendengarinya. Dia mahu berhujah, meyakinkannya, menafikannya, dan juga mengancamnya. Saya memberikannya sokongan yang banyak, mengakui dan menerima perasaannya . Apabila dia mula menerima kenyataan itu, dia berkata dia lebih rela mati, ia adalah terlalu sukar untuknya menerima kenyataan itu. Sekali lagi, saya memberikannya pengakuan dan penerimaan untuk sebagaimana dahsyat dia berasa, sebagaimana takutnya dia. Saya bertanyakan padanya jika dia mahu mendengari pengalaman saya sendiri dalam perceraian, dan kemudian berkongsi dengannya bagaimana saya mengharunginya. Ini ada membantunya sedikit, tetapi dia masih sangat tertekan. Brian keluar dari kekebasannya dan dengan cara lembut, memberitahu Mandy yang dia mengambil berat tentangnya, dan sedih dengan kesakitan yang dirasainya , tetapi kesayangannya tidak lagi begitu intim, tetapi hanya sebagai kawan. Sekali lagi, kenyataan sebenar ini adalah amat sukar untuk didengarinya , dan saya memberikannya banyak sokongan emosi supaya dia kekal pada masa itu.

Mandy mahu kembali ke kepura-puraan, dengan mengelak, tetapi ia sudah terlalu terlambat. Saya sentiasa menyokong seseorang untuk menjayakan sesuatu. Tetapi komitmen utama saya adalah untuk membantu seseorang itu bercakap mengenai kebenaran mereka, mendengari diri masing-masing, dan memberikan sokongan supaya mereka boleh kekal dalam dalam proses itu. Ini adalah amat sukar apabila ia adalah mengenai pengakhiran suatu perhubungan. Dalam kes ini, tiada apa yang boleh diperolehi oleh Mandy jika dia terus-menerus 'cuba' untuk berhadapan dengan keengganan Brian . Dengan cara ini dia mencuba, ia kelihatan seperti percubaan untuk mengawal keadaan, dan ini menjadi ketara apabila dia yang menghadapi pilihannya sendiri. Dia menunjukkan bahawa dia mahu perkahwinan itu tetap utuh, tanpa mengira apa yang Brian mahu.

Jadi saya memintanya untuk membuat satu kenyataan yang sebenar kepada Brian- Saya tidak peduli apa yang anda mahu, saya hanya mahu apa yang penting kepada saya. Dia menghargai penjelasan ini, dan ia adalah sukar untuknya mengatakan itu, tetapi ini mewakili apa yang sedang berlaku. Ia membuat transaksi itu lebih jelas, dan menjadi bukti kepada Mandy bahawa dia bukanlah mengusahakan untuk mencairkan benteng pertahanan Brian dengan kasih sayangnya, tetapi sebenarnya dia menegaskan keperluannya tanpa mengambil kira tentang perasaan Brian.

Ini adalah apa yang saya panggil ' ketidakmuliaan ' - pemilikan bahagian gelap diri kita sendiri. Kita dikenal pasti sebagai seorang penyayang, atau sebagai pemangsa, tetapi adalah sukar untuk mengakui diri kita sendiri sebagai sebenarnya tidak mengambil berat mengenai seseorang itu. Ia memerlukan keberanian yang utuh, dan sokongan yang banyak, untuk mengakui ini, tetapi kebenaran seperti ini sentiasa menyegarkan, dan membantu satu perubahan untuk berlaku. Sesi ini berurusan dengan kebenaran yang amat sukar, tetapi tanpa kebenaran seperti ini, maka lebih banyak kepahitan, kemarahan dan juga pertahanan diri. 'Cerita' setiap orang memberitahu mengenai perhubungan mereka hanya akan menjadi lebih kukuh .

Hakikatnya dengan memberitahu kebenaran sebenarnya bukanlah untuk memukul kepala orang lain. Ia mengenai seseorang menerima kebenaran mengenai keperibadiannya sendiri. Pihak yang terlibat memerlukan sokongan untuk mendengari kebenaran ini. Gestalt memberi fokus kepada pemberitahuan kebenaran mengenai perhubungan, dan kami memahami bahawa ada kuasa transformatif dengan berbuat demikian.

Kami menghampiri dinamik perhubungan seperti ini dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti suatu perhubungan , bukan hanya untuk mencapai hasil-hasil tertentu, atau menyebelahi mana-mana pihak dalam membuat keputusan antara satu sama lain.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther