Case #66 - Keluar dari lingkaran bulatan


Ping bercakap mengenai keluarganya. Datuk dan neneknya tidak pernah berminat untuk mengenalinya atau kakaknya kerana mereka lebih mengemari kanak-kanak lelaki . Dia juga tidak berasa disayangi oleh ibu bapanya. Ibunya memberi penjagaan, tetapi jarang memaparkan kelembutan pada dirinya. Bapanya tidak pernah memeluknya.

Beliau menceritakan kejadian semasa dia berusia 8 tahun. Ibunya memakaikan pakaian padanya; Ping memberitahu ibunya yang dia mahu pakaian yang berbeza warna. Entah bagaimana dia membangunkan ayahnya, yang dalam kemarahan mengangkatnya dan melemparkannya jatuh kebawah tangga. Mukanya berdarah, tetapi dia tetap perlu ke sekolah. Gurunya risau, tetapi tiada apa-apa yang dilakukannya. Dia tidak mahu pulang ke rumah, dan bersembunyi di dalam gua sehingga seseorang memberitahu ibunya, yang datang untuk mendapatkannya. Ibunya menangis melihat keadaannya, tetapi ayahnya tidak pernah menyatakan penyesalan.

Dia menangis sambil memberitahu cerita itu, menerangkan betapa banyak kesakitan di dalam hatinya. Saya berlembut dengannya, tetapi dia di dalam dunia kesakitannya , hanya sejenak perasan saya. Saya berkata padaya bahawa saya adalah seorang lelaki. Bahawa saya mengambil berat , tetapi yang ini semestinya mengelirukan, kerana bapanyalah yang telah membawa kesakitan padanya ; pada masa yang sama memberi penjagaan kepadanya, saya juga mewakili seseorang yang berkuasa yang pada asalnya telah menyakitinya dengan teruk.

Ping mengangguk , dan lebih banyak air mata mengalir. Dia bercakap mengenai mahu kemerdekaannya, menjadi dirinya sendiri, membuat keputusan dalam hidupnya sendiri. Saya memberitahunya saya meluluskan, dan akan memberikannya sokongan yang saya mampu. Dia bercakap mengenai ibunya yang kini mendesaknya untuk berkahwin , dan cuba mempengaruhi arah kerjanya. Saya terus-menerus membawanya kembali ke masa kini, pada sokongan saya, pada kenyataannya saya adalah seorang lelaki yang memberi sokongan kepadanya.

Saya sentiasa membawa perhatian pada pernafasannya, kerana dia asyik menahan nafasnya. Tanpa pergerakan tenaga ini, tidak akan ada peluang untuk integrasi pengalaman baru . Ping bercakap lagi yang dia menginginkan autonominya, dan ingin 'langkah keluar dari bulatan.' yang terasa seperti penjara, harapan keluarganya. Jadi saya menjemputnya ke dalam satu eksperimen yang mudah. Kami berdua berdiri , membayangkan satu bulatan mengelilingi kami. Saya memegang tangannya, mengingatkannya lagi sokongan saya untuk autonominya. Sokongan jenis ini terutamanya perlu datang dari bapanya, dan dalam kesnya telah hilang, bersama-sama dengan sedikit kelembutan. Jadi saya telah membekalkan kedua-duan padanya.

Ia mengambil masa yang agak lama, tetapi akhirnya dia telah mengambil langkah ' keluar' bulatan, dan saya dengannya. Saya kemudian mengambil kedua-dua tangannya dan memberitahunya , 'sekarang, anda boleh menentukan berdasarkan istilah yang anda mahu dalam perhubungan. Anda boleh menegaskan untuk disayangi dan dihargai oleh seorang lelaki ' .

Saya memberikannya mesej ini untuk mengukuhkan kemungkinan langkah seterusnya- untuk mencari yang perhubungan yang berbeza dengan seorang lelaki, iaitu bukan hanya satu ulangan yang tidak disedarinya serupa bapanya. Dia berkata , 'Saya boleh mengharapkan itu, saya boleh bermintakan itu' .

Saya memperbetulkan ayatnya, kerana ia seolah-olah seorang yang tidak berdaya dan ayat yang mengalah. Saya menyuruhnya untuk menyatakan semula keinginannya dengan cara yang mempunyai sempadan yang lebih jelas - sekurang-kurangnya apa yang dikehendakikannya, sempadannya. Ini memberikannya sokongan dan bimbingan dari seorang lelaki untuk apa yang dia boleh harapkan dari saya. Dia dipengaruhi dengan cara mendalam dalam proses ini. Ia adalah mudah, tetapi didorong oleh kerinduannya; penekanan dalam Gestalt adalah sentiasa dalam integrasi, dalam mengambil langkah-langkah kecil yang secara somatiknya tertanam dalam kesedaran dan pengalaman mereka melalui eksperimen.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther