Case #56 - Gadis kecil yang memerlukan perhatian


Wendy bercakap tentang keinginannya untuk mempunyai pasangan. Dia bercerai, dan menjalankan perniagaan. Dia bercakap tentang bagaimana ketidaksabarannya dengan pekerjanya, dan bagaimana dia sangat tegas, dan tidak pernah menunjukkan kelemahannya. Dia membandingkan ini dengan kesabaran yang dia mengiktirafkan dalam diri saya.

Saya telah membincangkan isu-isu kekuasaan dengannya- keupayaan untuk menjadi tegas dalam perniagaannya dan tepat, keseronokkan terasa berada dalam kawalan, sebagai seorang bos. Dia kelihatan sangat malu semasa saya bercakap, bermain-main dengan tangannya.. mengingatkan saya mengenai seorang gadis kecil. Saya bertanya kepadanya dia berasa berapa mudakah sewaktu itu- dia berkata 10 tahun, dan saya bertanyakan padanya apa yang berlaku ketika itu.

Saya bertanyakan tentang kesabaran dalam keluarganya. Bapanya telah menamparnya semasa dia masih berumur 10tahun kerana markahnya di sekolah menurun. Malah, bapanya juga kerap memukul adik lelakinya. Tetapi di khalayak ramai, dia adalah seorang yang penuh dengan kesabaran, yang sentiasa mempunyai masa untuk orang ramai. Saya mengatakan bahawa kesabaran yang dinampaknya dalam diri saya sebagai seorang ahli terapi mungkin membuatkannya berwaspada kerana persoalannya: Adakah saya akan meletup seperti ayahnya?

Dia bersetuju. Wendy berkata isu sebenarnya adalah dia tidak mempunyai kepercayaan pada lelaki. Suami pertamanya juga seorang yang tiada kesabaran dengannya, dia hanya berminat dengan apa yang Wendy boleh lakukan untuknya. Dia berkata dia hanya mahu mencari pasangan yang lain. Wendy mendedahkan sebab mengapa grednya turun adalah kerana dia berada di sekolah berasrama penuh, dan telah dibuli dengan teruk, dan hina. Ibu bapanya tidak tahu, dan tidak berminat. Dia merasa keseorangan.

Saya duduk dekat dengannya, dan bercakap dengannya, menyedari sensitivitinya, kelemahannya, dan pada usia semuda itu, keperluannya untuk dilihat untuk siapakah dirinya, dan bukan semata-mata sebahagian daripada agenda orang lain. Seseorang yang berminat dalam perjuangan kesusahannya, bukan hanya mencapai gred yang baik.

Dia mula menangis, lebih menjadi lembut. Saya mengisytiharkan berminat dengannya, tanpa apa-apa agenda yang dia tiada perbezaan dengan orang yang lain. Wendy seolah-olah lapar untuk jenis perhatian ini, dan kami duduk di sana untuk beberapa waktu, sambil saya menggalakkannya untuk menyerap pengalaman ini.

Saya menegaskan bahawa ini adalah sebahagian daripadanya yang memerlukan rawatan, perhatian, dan secara semula jadinya berkembang, sebelum dia mempunyai teras yang lebih kukuh supaya dia bersedia untuk berada dalam perhubungan yang baru. Dalam Gestalt kami tidak hanya menangani isu yang dibentangkan oleh pelanggan - apa yang juga penting adalah perkara yang saya sedari sebagai seorang ahli terapi - sesuatu yang mereka mungkin tidak mengetahuinya sama sekali. Lalu, kami akan sepeenuhnya membawa ini ke dalam kesedaran mereka, dan meneroka konteks - selalunya kekeluargaan, tetapi tidak semestinya. Kemudian maklumat Field dikembalikan ke masa kini, dan ke dalam perhubungan yang terapeutik.

Dengan melakukan ini, maka boleh menyediakan dirinya dengan agenda terapeutik yang jelas, proses di mana kami boleh teruskan pada tema asalnya yang dikemukakannya- keinginannya pasangan yang lain.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther