Case #51 - Berhadapan dengan hantu


Leanne bercakap tentang perasaan ketakutan. Dia takut pada lipas, dengan mudah boleh terkejut, dan pada waktu malam kadang-kadang sukar untuk tidur, takut pencuri datang masuk dari tingkap, atau hantu, atau 'raksasa'. Beliau juga menakuti raksasa apabila dia berada di dalam bot.

Selain daripada perkara lain, ini kedengaran seperti agak keanak-kanakan, jadi saya bertanya padanya apa yang berlaku kepadanya yang membuatkannya ketakutan sebagai seorang kanak-kanak. Dia segera mengaitkan kejadian yang berlaku ketika dia berumur 6 tahun. Seorang budak lelaki, seorang daripada rakan rapatnya, meninggal dunia lemas dalam air. Hanya selepas beberapa jam dia ditemui. Budak lelaki itu telah dibawa balik ke rumahnya, dan keluarga budak lelaki itu menegaskan bapa Leanne, seorang doktor, cuba untuk memulihkan dia. Dia tidak berjaya.

Pada malam itu hujan dan guruh gemuruh, dan dia tidur dalam perasaan ketakutan. Kemudian dia mengalami mimpi ngeri, di mana dia dipaksa untuk menyelamatkan budak lelaki itu, tetapi dia tidak dapat. Dia berfikirkan mengenai budak lelaki sepanjang dia membesar, dan masih lagi penuh dengan kesedihan mengenai perkara itu.

Jadi, ini menjelaskan 'hantu' siapakah yang ditakutinya. Saya mencadangkan yang untuk menghadapinya sebagai satu eksperimen yang perlu- menggunakan drama pada masa kini, keamatan ketakutannya, dan peluang terkini untuk menangani semua ketakutan ini secara langsung. Jadi saya mencadangkan bahawa saya berdiri di sebelahnya, menghadapi tingkap yang terbuka, dan kumpulan yang berdiri di belakangnya sebagai sokongan. Kemudiannya dia akan menjemput hantu rakan mudanya yang meninggal dunia, untuk datang ke dalam bilik itu di hadapannya.

Dia berbuat demikian, tetapi dia mengigil seolah-olah dedaun. Saya membiarkan dia bersandar pada saya, memegang dia rapat, dengan kumpulannya berdekatan di belakangnya. Saya mengarahkannya bercakap dengan 'hantu' itu, memberitahunya apa yang dia rasa, apa yang dia telah lalui, dan bagaimana dia amat merinduinya. Dia berbuat demikian, walaupun ia amatlah sukar untukknya. Dia melaporkan ingin bersamanya, di alam yang lain.

Saya bertanyakan kepadanya bagaimana 'hantu' itu menjawab, dan dia berkata dia tidak mahu sebegitu. Ini adalah penting untuknya menerima; walaupun demikian Leanne masih ada sisa kerinduan dalam dirinya mengenai kematian rakannya itu dan keinginan untuk rapat dengannya. Jadi saya menyokong Leanne untuk berdialog lagi dengannya, memberitahu kebenaran bagaimana dia berasa, dan mendengar jawapannya. Saya terpaksa menyokongnya melalui ketakutan dan kesedihannya. Saya mengarahkannya untuk bernafas dengan perutnya, hingga ke kakinya.

Dalam Gestalt kami bekerja dengan asas dan juga pernafasan, untuk membantu orang kekal pada masa sekarang dengan pengalaman mereka besertakan dengan intensiti emosi mereka. Selalunya mereka tidak menerima sokongan seperti itu, terutamanya ketika muda, jadi ini membolehkan mereka untuk berhubung dengan pengalaman yang lalu yang amat mengacau diri mereka, dengan kata lain pada masa kini boleh diproseskan.

Ia adalah amat sukar untuk dia tinggal dalam masa kini- dia telah menghabiskan 30 tahunnya hidup dalam ketakutan, dan bernafas hanya di permukaan.. yang akan kemudiannya telah mengukuhkan ketakutannya. Jadi adalah amat sukar untuk dia bernafas begitu mendalam, dan dia memerlukan banyak sokongan dan arahan daripada saya.

Selepas beberapa ketika, dia menjadi sangat tenang, mampu untuk melepaskan hantu itu pergi, dan sepenuhnya kembali kepada dirinya sendiri, Dia berasa lebih di dalam tubuhnya dari apa yang dia ingati, dan semua kesan ketakutan telah hilang.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther